Pages

Wednesday, September 28, 2011

Abduction (2011)

Aku tengok cerita ni sebab sinopsis macam best. Taylor Lautner pulak. Haha.. tapi makin tengok makin tak berapa nak handsome pulak. Body maintain la hehe.



Ok. Cerita ni pasal budak ni (Taylor) yang nampak gambar dia masing kecik dalam website missing person. Lepas tu dia mula mencari-cari dan terfikir-fikir "aku ni anak angkat ke" dan memang betul. Selepas dia tau, macam-macam jadi, lepas tu dia jadi buruan. Buruan siapa dan kenapa?

*spoiler*

Dia rupanya anak kepada seorang agen ni akumalasnakambiltau tapi yang aku tau, mak dia mati masa dia kecil & bapa dia tak boleh harap. So Taylor dijaga oleh couple CIA ni. Lepas kantoi dia anak angkat & si pemburu tau lokasi dia, dorang bunuh couple CIA tu. Buru Taylor sebab ada list pasal nama orang yang jual information CIA (lebih kurang la haha). Kiranya kalau dorang tangkap Taylor boleh jadikan Taylor ni umpan supaya bapak dia bagi list tu. Rupanya list tu ada dalam phone yang Taylor jumpa dalam apartment bapak dia. Ok. Ending.. Taylor & pemburu janji jumpa nak bagi list tu.. pumpampumpam.. pemburu tu mati. Habis!

Overall 2/5 je.


Rotten Tomatoes bagi 3.1/10

Jalan cerita macam simple. Mendatar. Klimaks pun tak tau kat mana. Nak kata action tak jugak. Taylor Lautner ni pulak macam tak ngam jadi hero haha. 

Tak payah tengok kat wayang ok! 

No comments: