Pages

Thursday, July 21, 2011

KL Gangster (2011) - Kritikan Membina



Baru je tengok. Nak tengok sebab kutipan hebat tapi... terimalah kritikanku.

Takde klimaks!

Introduction power habis dah (dalam hati "ooo boleh tahan..patutlah dapat juta-juta").. sampai kat tengah-tengah aku masih lagi menunggu kisah KL Gangster ni. Tapi sampai ke habis aku cuma nampak A lawan B, B lawan A, C lawan B, D datang selamatkan lepas tu lawan lagi E pulak selamatkan. Sampai ke sudah. 

Aku tunggu jugak apa sebenarnya Shark buat kat Malek. Malek kan power, takkan senang-senang je jatuh ke muslihat Shark. 

King senang-senang je mati kena tembak. King kot tu. Ketua Gangster. Kalau tau ketua gangster pun senang je nak tembak, bagus dari awal guna pistol.. penat je bertumbuk.

Watak Zeti tu takde pun takpe kalau setakat nak cakap dia jadi mangsa masa Malek dalam penjara. Dialog ni mak Malek pun boleh tolong cerita.. cakap je Zeti dah hilang gangster culik.

Masa Shark nak bunuh King dia ada cakap pasal "aku tau apa ka buat kat mak aku". Buat apa??? Aiyo. Lepas tu King kena tembak, mati. Aku tunggu jugak flash back pasal mak Shark tu. Takde pun. Nak kata ada sekuel.. Shark mati King pun mati.. siapa nak tolong cerita. Kalau setakat nak cakap dialog tu, bagus tak payah. Kalau dialog tu nak tunjuk Shark berdendam dengan King sebab tu, tak perlu kot. Semua orang tau perangai Shark, cukuplah sudah penonton fikir Shark bunuh King sebab Malek & kuasa.

Scene Jai bagi duit kat budak yang baring tu pun tak perlu. Nak tunjuk Jai ni ada kasih sayang? Untuk apa? Tak guna pun.. last-last bertumbuk lepas tu lari. Apa kena-mengena scene tu dalam cerita ni?

Second scene kat pasar yang pasal orang Shark baling bakul sayur, musnahkan sayur pun tak perlu. Bukan jadi apa-apa pun kat situ, tengok-tengok Malek dah balik rumah sambil relaks-relaks hisap rokok.

Last sekali, tinggal Jai & Shark tunggu kedatangan Malek. Ke dorang tak tunggu? Kalau dorang memang dah tunggu, awat tinggal 2 orang je, mana pengikut yang lain. Lepas tu, dah bunuh King guna pistol, bunuh je la Malek guna pistol. Apa lagi nak tunggu? Ajib & Malek depan mata, tembak je. Lepas tu tembak Dragon pulak. Setakat Dragon tu tak heranlah. Ni dah bertumbuk nak pengsan semua baru keluarkan pistol.

Adus! Lagi sekali, sama la jugak ceritanya macam Khurafat (hantu je lebih), Merong Mahawangsa (cgi je lebih). Ini bertumbuk je lebih, dialog gangster habis tapi jalan cerita? klimaks pun aku tak nampak kat mana. Semua sama je.. mungkin sebab tak nak guna pistol sebab tak nak watak tu mati awal, tapi aku tengok objektif cerita ni ialah Shark nak Malek mati tapi dihalang oleh King & Ajib dari group Dragon.

Orang aku paling kesian ialah mak Malek. Tiba-tiba sampai situ je watak dia. Rumah hancur dah, Malek masuk jel, Jai lari, Zeti tidur rumah kawan. Macam mana nak buat kerepek rumah dah takde. Kalau watak mak Malek ni dimatikan at least tragislah lagi.

Oh poster. Tak letak muka Zizan kat depan tu pun takpe. Tak gangster pun.. (nak tarik penonton kot.)

Apapun, ada kemajuanlah dari segi aksi untuk filem tempatan, tapi jalan cerita masih lagi sama macam tu jugak.

Kecewa lagi aku.
2/5

ps, kalau cerita hollywood, bertumbuk sebab pistol dah kena tendang bawah meja, atau pistol takde peluru.

No comments: