Pages

Saturday, January 15, 2011

Review Khurafat


sebuah filem seram shamsul yusoff yang dibintangi oleh dirinya sendiri dan liyana jasmay dan lain-lain lagi.

secara keseluruhan ceritanya ok. tapi banyak bahagian yang perlu diperbaiki.

jalan cerita

pengarah terlampau menitikberatkan aspek seram di mana banyak adegan hantu yang memeranjatkan. aspek seram ini telah menenggelamkan jalan cerita sehingga ia kelihatan begitu singkat. tiada unsur dramatis yang sepatutnya ada dalam cerita seram. jalan cerita kelihatan begitu simple di mana di akhir cerita anda akan mengatakan "ini je?", "dah habis ke?".

1 jam 15 minit tidak cukup untuk cerita ini.pengarah sepatutnya memperkembangkan jalan cerita agar mesejnya sampai dah tidak terlalu obses untuk menunjukkan hantu-hantu. kalau banyak hantu pun tapi jalan cerita biasa tak best jugak. kena balance.

*spoiler*

bab accident,bab mati sepatutnya dibuat dengan lebih dramatik. barulah boleh meninggalkan kesan dalam jiwa penonton. hantu yang hebat je tak cukup.

watak

terdapat banyak watak yang tidak dikembangkan. paling ketara ialah watak makcik yang bagi kuih, watak ini kalau takde pun takpe. macam membuang masa makcik tu je. watak kedua ialah liyana jasmay. dia adalah pelakon cerita seram yang hebat. tapi dalam cerita ni wataknya cuma seorang isteri yang takut hantu dan menantu yang baik. lakonannya sangat simple.pada saya rugi je liyana jasmay berlakon cerita ni.

hantu

dalam cerita ni hantu memang real. tak gelak punya. lagi real daripada hantu Jangan Pandang Belakang. mungkin inilah hasilnya bila aspek hantu dilebih-lebihkan.

kesimpulan

jika pengarah berjaya mengatasi masalah di atas, saya pasti cerita ini akan meletup.kerana semua perkara basic untuk cerita seram dah ada. cuma kena polish je. kalau jalan cerita berjaya dibuat seperti Santau (tapi ending jangan ikut macam ni) dan Jangan Pandang Belakang, saya pasti cerita akan jadi lebih hebat.

3/5